Sunday, June 21, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Kami Yang Punya !!!
MESRA HARMONI..!!!Tagline Radio Malaysia Kedahfm terbukti melalui gambar di atas..
kan...kan....ewah..skemanya ayat!!!

Persediaan sebelum memulakan rancangan di konti.
Pastikan laptop dan CD telah tersedia rapi.
Jangan lupa, perbetulkan board agar tidak jatuh menimpa kepala anda !!!
Yeeehaaaa!!!wiwiwiwiwwii!!!
Posted by CikLieYzaOnline at 9:51 AM 2 comments
Sunday, May 17, 2009
Aku Kini.. Disini.....


Inilah Pengarah Ketua Bahagian Rancangan..
Tengku Abdullah Tengku Ahmad..
Kebiasaannya kami memanggilnya dengan nama Tengku..
Nama glamornya "Tengku TATA"
Tengku ni baik orangnya..
Sangat mengambil berat kebajikan pekerja-pekerjanya..
Posted by CikLieYzaOnline at 4:40 PM 9 comments
Friday, May 1, 2009
Siapakah Ketiga???
'AKU dan PENERBIT'.
seorang Penerbit Rancangan di Studio MENTION.
Hehehe.
Sentiasa memaafkan orang lain dan tidak lokek ilmu dalam memberikan pengetahuan kepada sesiapa sahaja.

Encik Daud Montak Zakaria namanya.

kepada sesiapa yang takut kepadanya,
jangan la takut lagi..
Bukan air mata yang akan mengalir jika anda berhubungan dengannya sebaliknya hanya ketawa yang akan anda temui sepanjang pertalian anda dengannya.
Tapi kan,
bagi sesiapa yang mengenali penerbit ini,
pasti akan ada air mata juga yang mengalir di penghujungnya kerana sedih nak meninggalkan si studio ni...
Sayang sangat kat si studio ni..
(Sayang bersebab jangan disalah sangka..heheh)
Posted by CikLieYzaOnline at 5:03 AM 37 comments
Media Produksi... Selamanya di Hati...



Keberanian, semangat juang yang tinggi, senyuman serta 'bermuka tembok' amat diperlukan di dalam melaksanakan sesebuah penggambaran kerana pelbagai dugaan pasti hadir sepanjang melaksanakan sesebuah penggambaran.

Antara dugaan yang terpaksa kami tempuhi ketika melakukan penggambaran Berita Siaran (Pengemis Jalanan) ini termasuklah dihalau oleh beberapa orang pengawal ketika penggambaran dilakukan sekitar KLCC. Waktu tu, huhuhu.. malu, takut.. semua ada. Nasib kami agak bertuah kerana pita rakaman kami tidak dirampas dan kami 'dilepaskan' tanpa sebarang denda kerana kami memohon maaf dan menyelesaikannya secara baik. Tapi, sempat juga kami rakam beberapa gambar kat situ. Heheh..

Kami juga telah diganggu oleh seorang samseng jalanan tatkala penggambaran sedang dijalankan. Sengaja samseng tu lalu di hadapan kamera dan wayar kamera telah disepaknya hingga hampir menjatuhkan kamera. Fuh, nasib baik kamera tak jatuh. Kalau tidak, memang kami belasah samseng tu sebab sudah pasti abang Bad pula akan belasah kami di studio jika kamera pecah kan... (maknanya, samseng tu bernasib baik la tu.. cewah)

Hujan panas terpaksa kami redah jua demi melaksanakan misi penggambaran yang penuh bermakna !!!

Inilah punca mengapa kami sentiasa pokai setiap kali penggambaran dilakukan. Huhuhu. Lapar punya pasal... McD saja yang ada kat KL.. Nak buat macammana kan. Hehehe. Tapi sekarang dah insaf dah. Makan biskut kering cicah air teh saja setiap hari.
Berikut adalah barisan krew Media Produksi yang amat disayangi dan sentiasa heppy yippy. Walau sukar walau payah, kami sentiasa bersama dan tidak sesekali berpecah kerana hati kami adalah SATU. Tiada lain selain MEDIA PRODUKSI yang kami sayangi. Tetap setia buat selama-lamanya.
Joe Ai Yung

Loh Mi Vien

Nurul Ain A.Hamid

Goh Yen Ping
Chiok Li Lian
Yang ni tak payahlah nak perkenalkan.. selalu saja perasan.. heeeee
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KREW MEDIA PRODUKSI ATAS SEGALA SUMBANGAN ANDA SEPANJANG 3 TAHUN KITA BERSAMA.
MEDIA PRODUKSI.. SELAMANYA DI HATI..
Sekian, wassalam.
Posted by CikLieYzaOnline at 2:12 AM 5 comments
Tuesday, April 21, 2009
Nadi Bangi SEM 2 SESI 08/09
Bagi warga UKM yang belum memiliki akhbar ini, sila dapatkan di pasaran berdekatan anda sekarang juga!!!
Ini adalah bahagian tengah Nadi Bangi. Cantik kan???Akhbar makmal ini dikendalikan oleh pelajar tahun 3 Program Komunikasi Media, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebahagian daripada latihan amali. Ia tidak melambangkan PPMK dan UKM.
Untuk pengetahuan para pembaca,
pada 17 April 2009,
Nadi Bangi yang telah siap dicetak telah diedarkan secara rasminya kepada segenap warga kampus UKM.
Terdapat 12 halaman bercetak yang terdiri daripada:
-Muka hadapan
-Editorial
-Skop
-Kampus
-Kaji
-UKM Cares
(muka tengah)
-Gaya
-Alam Sekitar
-Insights
-Arena Sukan
-Tokoh
Wartawan Nadi Bangi telah melakukan sedikit perubahan untuk keluaran semester ini dengan memperkenalkan dua kolum baru iaitu Kolum Alam Sekitar dan Insights. Bahagian tengah yang asalnya dikenali sebagai Lensa Nadi Bangi juga telah diberikan nafas baru dan kini dikenali dengan nama UKM Cares.
Penghasilan sesebuah akhbar tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan usaha dan kerjasama padu daripada semua wartawan.
Selain menguji tahap kesabaran yang tinggi dalam 'menghidu' sesebuah berita dan juga mendapatkan sumber yang sah,
penggunaan perkataan dan struktur tatabahasa juga perlu diteliti agar memudahkan pembacaan khalayak pembaca.
Kemahiran penggunaan software seperti Page Maker juga amat menguji minda selain perlunya kekreatifan wartawan dalam menyusun tataletak agar menjadi lebih menarik dan sedap mata memandang. Acecewah. Heeee.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wartawan Nadi Bangi semester 2 sesi 08/09 kerana telah berjaya menghasilkan akhbar bermutu dan berkualiti tinggi pada semester ini.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG.
KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.
-NADI BANGI-
.:INFO KAMPUS TERKINI:.
Sekian, terima kasih.
Posted by CikLieYzaOnline at 10:11 PM 8 comments
Wednesday, April 8, 2009
2 April 2009 (MCP LENSA)
Syabas Liza!! Akhirnya berjaya juga aku laksanakan tugas walau tak sesempurna mana.
Berakhirnya sudah sebuah Lensa MCP yang mendebarkan jiwa dan raga.(kesiannya aku, tudung pun dah senget ditiup angin gua.heheheh)
Bergambar kenangan bersama-sama Cik Ct dan kawan den, si studio.Tanggal 2 April 2009, bermulalah sebuah layar kehidupan yang penuh cabaran. Seawal jam 3 pagi, aku sudahpun membuka mata walhal pada jam 1 pagi sebelumnya, aku baru sahaja berjaya melelapkan mata.
Pertama kali aku masuk,
aku hanya meninggalkan komen di ruangan chatting.
Tapi,
aku ada juga gelakkan pemilik tu (sikit je, tak banyak),
sebenarnya,
bukan gelakkan pemilik tu.
Tapi, loghat nogori yang digunakan buat aku geli hati.
aku komen kat situ,
"loghat N9 ni kelakar bila baca,
muncung mulut aku dibuatnya...
hahahahahaha..."
Pemilik tu pula segera membalas bahawasanya dia ni bukan orang N9,
tapi sebab dia ikut Kembara Seri Perpatih,
sebab tu dia guna loghat tu.
Waktu tu,
siap lagi dia bagi link blog perpatih tu kat aku.
Hahahahaha.
Macam skema pulak.
Kali pertama masuk,
masih segan-segan, malu-malu.
Kali kedua pun sama.
Bila nak tulis kat laman chatting,
terpaksa ambil masa yang lama untuk berfikir.
Nak send atau taknak soalan-soalan yang aku nak tanya???
Nak send ke taknak?
Nak send ke taknak?
Last-last,
send juga sambil pejam mata.
Takut juga,
nanti dikatakan...
"Ish budak ni...asyik tanya soalan je. Cuba la cari sendiri jawapan.. Penyegan sungguh la.."
Tapi,
aku tanya juga...
Tak tau la kenapa,
takut macam mana pun,
tangan ni tetap nak send juga.
Lagipun,
"orang tu bukannya cam muka aku yang mana satu"
-Fikirku di dalam hati-
Lama kelamaan,
hingga ke hari ini aku berkunjung ke blog tu dan itulah antara blog-blog yang aku sayangi di alam maya ini.
Posted by CikLieYzaOnline at 12:14 PM 118 comments















