CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

Nadi Bangi SEM 2 SESI 08/09

Akhbar terlaris di pasaran !!!


Bagi warga UKM yang belum memiliki akhbar ini, sila dapatkan di pasaran berdekatan anda sekarang juga!!!


Niat hati nak tunjukkan senarai nama wartawan terlibat, tapi tak jelas pula.Huhu.


Ini adalah bahagian tengah Nadi Bangi. Cantik kan???


Akhbar makmal ini dikendalikan oleh pelajar tahun 3 Program Komunikasi Media, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebahagian daripada latihan amali. Ia tidak melambangkan PPMK dan UKM.

Untuk pengetahuan para pembaca,
pada 17 April 2009,
Nadi Bangi yang telah siap dicetak telah diedarkan secara rasminya kepada segenap warga kampus UKM.

Terdapat 12 halaman bercetak yang terdiri daripada:
-Muka hadapan
-Editorial
-Skop
-Kampus
-Kaji
-UKM Cares
(muka tengah)
-Gaya
-Alam Sekitar
-Insights
-Arena Sukan
-Tokoh

Wartawan Nadi Bangi telah melakukan sedikit perubahan untuk keluaran semester ini dengan memperkenalkan dua kolum baru iaitu Kolum Alam Sekitar dan Insights. Bahagian tengah yang asalnya dikenali sebagai Lensa Nadi Bangi juga telah diberikan nafas baru dan kini dikenali dengan nama UKM Cares.

Penghasilan sesebuah akhbar tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan usaha dan kerjasama padu daripada semua wartawan.

Selain menguji tahap kesabaran yang tinggi dalam 'menghidu' sesebuah berita dan juga mendapatkan sumber yang sah,
penggunaan perkataan dan struktur tatabahasa juga perlu diteliti agar memudahkan pembacaan khalayak pembaca.

Kemahiran penggunaan software seperti Page Maker juga amat menguji minda selain perlunya kekreatifan wartawan dalam menyusun tataletak agar menjadi lebih menarik dan sedap mata memandang. Acecewah. Heeee.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wartawan Nadi Bangi semester 2 sesi 08/09 kerana telah berjaya menghasilkan akhbar bermutu dan berkualiti tinggi pada semester ini.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG.

KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

-NADI BANGI-
.:INFO KAMPUS TERKINI:.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 8, 2009

2 April 2009 (MCP LENSA)

Barisan krew teknikal yang sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

Abang Ramli, si studio, abg Bad dan LiLian memeriksa teknikal sebelum MCP dimulakan.

Bergambar sebelum rancangan bermula.Konon-konon nak ambil mood orang kata.


Suasana di bilik audio. Kasihan Ain, seorang diri tiada berteman. Hanya bunyi yang menemaninya sepanjang masa.

Bermulanya sebuah pengarahan. Dub Dab Dub Dab..Jantung berbunyi hingga menggigil tubuhku ini.


Suasana di dalam konti. Memang tenang sekali. Hanya hatiku yang tak berapa nak tenang waktu itu.


Saieng dan Hamli daripada Kumpulan 3 membantu sebagai jurukamera dan FM di dalam studio.


Inilah tetamu kami, Encik Fauzi namanya, pensyarah ANSOS. Sungguh jauh renungan matanya.
Mungkin sedang memerhatikan kot-kot ada sesumpah menjelma dengan tetiba.Hehe.

Inilah PENGARAH yang paling penakut di dunia.wuwuwuwuwuwu.
Syabas Liza!! Akhirnya berjaya juga aku laksanakan tugas walau tak sesempurna mana.

Abang Hatta mula menggunakan teknik cakar harimau tatkala dia terlupa tentang soalan yang nak ditanya. Hehehehe.

Inilah Mimi, jurukamera berwibawa. Cececececehhhh...

Sewaktu Bual Bicara sedang berlangsung.


Lensa...sebuah rancangan yang terselit pelbagai "drama" sepanjang menghasilkannya.


Inilah wajah-wajah krew Media Produksi bersama-sama Dr Asiah dan Abang Hatta yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan demi melaksanakan MCP yang bernama LENSA.
Yey!!!! MCP dah habis!!!! Lalalalalala...

Suasana gembira bercampur hiba kerana sedih nak meninggalkan gua.Cewah!!!


Berakhirnya sudah sebuah Lensa MCP yang mendebarkan jiwa dan raga.
(kesiannya aku, tudung pun dah senget ditiup angin gua.heheheh)

Bergambar kenangan bersama-sama Cik Ct dan kawan den, si studio.

Kali ini, muka aku dah clean and clear.


Hehehehehe.

Tanggal 2 April 2009, bermulalah sebuah layar kehidupan yang penuh cabaran. Seawal jam 3 pagi, aku sudahpun membuka mata walhal pada jam 1 pagi sebelumnya, aku baru sahaja berjaya melelapkan mata.


Hari ini, yakni 2 April 2009, bermulalah pengarahan Multiple Camera Production (MCP) yang amat mendebarkan dada. Aku sebagai pengarah, perlu melakukan pengarahan dengan baik walau secemas mana sekalipun. Itu janjiku pada diri sendiri.


Tatkala melangkah masuk ke StudioUKMDECTAR, jantungku berdegup pantas mengalahkan orang yang baru berlari 4x4. Perasaan cemas mula meresap ke seluruh tubuhku.


Bagaikan seekor virus yang ganas; perasaan cemas, takut, gigil dan seangkatan dengannya terus meresap dan merebak ke segenap tubuhku. Walaupun aku dah cuba buat-buat tak tahu, tak layan dan jual mahal, namun perasaan itu tetap menggangguku.

Alhamdulillah, walaupun aku cemas dan gigil sewaktu melaksanakan MCP, namun aku agak berjaya juga melaksanakannya dengan baik walaupun taklah sebaik mana.


Mengimbau kembali sejarah MCP dalam hidupku, aku bertemu dengan MCP tatkala melangkah masuk ke kelas SKKC 3123 Pengurusan dan Persembahan Estetik yang diajar oleh Dr Asiah Sarji. (macam kisah cinta pulak)


Pada mulanya, aku langsung tidak mengetahui dan mengenali apa itu MCP.


Dulu, sewaktu di Radio MIDAS, pernah juga abang Mie bercakap tentang MCP. Aku ingatkan MCP tu macam SCP. Jadi, tak adalah risau sangat sebab SCP dah agak biasa bagiku. Cewah, berlagak pulak. Huhu.


Sewaktu mengendalikan Radio MIDAS dulu, selalu juga aku masuk laman chat. Banyak kali juga aku terpandang nama "StudioUKMDECTAR". Pernah aku bertanya kepada abang Mie, siapa StudioUKMDECTAR tu sebab adakalanya bahasa yang digunakan seolah-olah orang utara. Kelakar pun ada bila aku baca. Tertanya-tanya aku bagaimana rupanya orang yang bernama StudioUKMDECTAR ni.


Abang Mie kata, StudioUKMDECTAR tu orang studio di DECTAR. Jadi, aku pun terfikir. Agaknya, orang yang berada di atas dewan yang suka suluh lampu tu kot orang studio DECTAR. Kecilnya studio DECTAR. Pagar tu ke yang dipanggil studio???


Aku bertanya lagi kepada abang Mie, DECTAR ada studio ke? Abang Mie kata, "adaaaaaaaaaaaaaa.........."(sungguh panjang intonasinya)..Tatkala mendengar intonasi abang Mie yang panjang macamtu, terus aku tersengih dan menghentikan sebarang pertanyaan kepadanya lagi.


Pernah juga masa konvo dulu, aku nampak abang Mie pakai lawa-lawa, aku pun tanya abang Mie, nak pergi mana? Abang Mie jawab, nak ke studio DECTAR.


Hmm.. tertanya-tanya aku dibuatnya. Mana satu lokasi tepat yang dikatakan studio DECTAR tu.


Masa mengendalikan Radio MIDAS dulu, pernah seorang manusia ni, namanya JEMAN (sampai ke hari ini ku tak kenal siapa dia). Selalu juga masuk laman chat. Waktu tu, dia tanya...

"Puasa ke tak hari ni???" (sebab waktu tu bulan puasa). Dan soalannya dibalas oleh manusia yang bernama StudioUKMDECTAR, "hang tu asyik tanya orang puasa tak, hang tu puasa ka?"


Haaaaaaa..

Ambik sebijik si Jeman tu kena.


Itu kisah dulu.


Dah lari tajuk pulak.

Hehehehehe.


Kisah sekarang ni, entah berapa haribulan entah (dah lupa). Aku dan krew Media Produksi melangkah masuk ke StudioUKMDECTAR buat kali pertama untuk mengenali segala bentuk peralatan yang akan kami gunakan untuk MCP nanti.

Kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana, kami dilayan dengan baik dan macam anak raja.


Hehehehehehe.


Masih kuingat, waktu tu, seorang Encik berkaca mata, hitam manis wajahnya dan tubuhnya kocik jo, taklah bosar mano yang melayan kumpulan kami. Beliaulah yang mengenalkan kami dengan semua peralatan di dalam konti. Lepas tu, kami dilayan pula oleh Encik yang agak besar sedikit badannya untuk audio pula. Tak berapa lama kemudian, kami bergerak ke dalam studio pula. Waktu ni, sepatutnya Encik lain pula yang layan kami. Tapi, Encik tu menghilangkan diri entah ke mana. Jadi, Encik yang berbadan kocik tu la yang tunjukkan kami sekali lagi.


Minggu berikutnya, Encik tu lagi yang mengajar kami untuk mengendalikan beberapa peralatan.


Agaknya, kumpulan kami ni mempunyai jodoh yang kuat kot dengan Encik berbadan kocik tu.


Sewaktu Encik yang berbadan kocik tu mengajar kami tentang FM, kami semua berasa amat takut kerana perlu mempelajari bahasa isyarat pula. Mana kami nak dapatkan sumbernya. Sebab, waktu tu, Dr Asiah tak beri sebarang nota.


Jadi, aku ni pula tanpa segan silunya terus masuk ke blog studioUKMDECTAR dan terus bertanya tentang maklumat yang diperlukan sebagai seorang FM. Walaupun pada waktu tu, aku tidak mengenali siapa pemilik blog tu.


Kali pertama aku masuk, takut juga. Maklumlah, waktu tu aku terdengar lagu Varsiti Kita sedang berkumandang di blog tersebut. Terasa seakan-akan blog itu merupakan blog rasmi UKM. Rasa macam pemiliknya ialah NC UKM.


Dengan penuh berhati-hati dan bersopan-santun, aku memperkenalkan diri sebagai Cik LieYza. Hahaahahahahaha. Kena letak Cik.. barulah aku pun turut skema. Hehehehehehehe.


Selepas sekali dua masuk blog tersebut, barulah aku dapat tangkap yang mana satu pemiliknya.


Oho,

inilah tuannya ya..


Bila aku baca maklumat tentangnya,

alamak...penerbit ni..!!!


Aduhai..jangan main-main.

Nanti kang, kalau aku main-main dengannya,

kalau tersalah kata ka,

buat dia taknak ajar MCP kumpulan aku lagi macammana?


Kawan-kawan aku semua pun pesan,

Nurul, u masuk blog tu, hati-hati ya.

Itu penerbit, jangan kenakan dia.

Nanti dia boikot MCP kita, kita juga yang susah.

Jangan selalu masuk.Bahaya.


Hehehehehehhe.



Teringat kembali kata-kata si Ai Yung ni.


Tapi, aku ni pulak,

kali pertama aku masuk,

mesti aku akan masuk lagi buat kali ke berapa entah la.

Itu jenis aku.


Mula-mula masuk,

Segan jugakla.


Maklumlah,

Tak kenal orang.

Penerbit pulak tu.

Tak berani aku nak kenakan dia.

Pertama kali aku masuk,
aku hanya meninggalkan komen di ruangan chatting.

Tapi,
aku ada juga gelakkan pemilik tu (sikit je, tak banyak),
sebenarnya,
bukan gelakkan pemilik tu.
Tapi, loghat nogori yang digunakan buat aku geli hati.
Pernah sekali tu,
aku komen kat situ,
"loghat N9 ni kelakar bila baca,
muncung mulut aku dibuatnya...
hahahahahaha..."

Pemilik tu pula segera membalas bahawasanya dia ni bukan orang N9,
tapi sebab dia ikut Kembara Seri Perpatih,
sebab tu dia guna loghat tu.
Waktu tu,
siap lagi dia bagi link blog perpatih tu kat aku.
Hahahahaha.
Macam skema pulak.

Kali pertama masuk,
masih segan-segan, malu-malu.

Kali kedua pun sama.

Bila nak tulis kat laman chatting,
terpaksa ambil masa yang lama untuk berfikir.
Nak send atau taknak soalan-soalan yang aku nak tanya???
Nak send ke taknak?
Nak send ke taknak?

Last-last,
send juga sambil pejam mata.

Takut juga,
nanti dikatakan...
"Ish budak ni...asyik tanya soalan je. Cuba la cari sendiri jawapan.. Penyegan sungguh la.."

Tapi,
aku tanya juga...

Tak tau la kenapa,
takut macam mana pun,
tangan ni tetap nak send juga.

Lagipun,
"orang tu bukannya cam muka aku yang mana satu"
-Fikirku di dalam hati-

Lama kelamaan,
bila dah lama aku masuk blog tu,
aku dapati blog tu banyak tersimpan khazanah berharga.
yang aku perlukan untuk MCP.

Jadi, aku terus masuk dan masuk.


Dan aku dapati,

tuan punya blog pun baik hati.

Jadi, buat apa aku nak larikan diri.


Ilmu dan orang yang berilmu dah ada depan mata.


Tak sepatutnya aku elakkan diri.


Dan hasilnya,
hingga ke hari ini aku berkunjung ke blog tu dan itulah antara blog-blog yang aku sayangi di alam maya ini.


Pernah juga rakan-rakan lain bertanya (lelaki dan perempuan),

Liza, tanyakan kejap dekat En Daud tentang bla.bla..bla.. pasal MCP.


Bila ditanya kenapa tak tanya sendiri,

jawapan yang aku terima..

"Aku takut la..dia macam garang je.."


Hahahahahahahahaha.

Tergelak aku mendengarnya.


Garang ke?

Soal aku di dalam hati.


Kelakar ada laaa...


Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan semangat yang diberikan.

Akan kuhargai buat selama-lamanya.


Sekian, wassalam.


Sunday, April 5, 2009

Langkah PERTAMA...(6/7/08)


Salam semua. Hari ni nak buat posting baru. Ni tengah buat la ni. Hehe. Tentang memori semester lepas iaitu Semester I SESI 08/09 sewaktu melaksanakan tugasan amali dalaman di Radio MIDAS, Teman Maya Anda. Buat pengetahuan anda semua, kami yang mengendalikan Radio MIDAS sem lepas agak kurang bernasib baik kerana studio sedang di'renovate'. Jadi, terpaksalah kami menapak di Bilik FINAS. Tapi, alhamdulillah, dapat juga kami bersiaran dengan baik walaupun menggunakan ruang bilik yang agak sempit dan terhad. Nak masuk pun, kena perlahan-lahan. Takut bunyi tapak kaki yang melangkah turut didengar oleh pendengar ketika kami bersiaran. Apa sekalipun yang terjadi pada sem lepas, kenangan tetap kenangan. Yang baik jadikan panduan, yang buruk kita jernihkan melalui proses penyulingan. Kalau tak jernih juga, kita botolkan ia menjadi air mineral. Ok...Hmm..Di sini, aku sertakan kenangan yang sempat dijadikan kenangan dan dapat dilihat semula melalui mata kasar bagi sesiapa yang masih dapat melihat segala yang terserlah di dunia yang fana ini. Ok, sama-sama kita saksikan.



Hmm, kalau ditanya tentang perasaan aku sewaktu kali pertama bersiaran dan menjadi DJ ni, memang tak dapat nak digambarkan. Menggigil satu badan. Buat pula, awal-awal bersiaran, aku terpaksa jadi pembaca berita. Kalau tak salah, pukul 10.30 pagi. Huhuhu. Menggelabah aku sebelum masuk konti. Inilah muka dua orang editor yang edit skrip aku. Ain dan Moon.
Ganas wooooo...



Tapi, semasa menjadi DJ untuk rancangan Interaktif di MIDAS, aku bergandingan dengan Kak Salmi. Alhamdulillah, sebab Kak Salmi ni memang DJ terkenal di Brunei. Jadi, Kak Salmi la yang banyak menenangkan aku waktu tu. Kalau aku agak gementar tu, dia la cover-cover apa yang aku cakap. Maklumlah, nak jadi DJ ni kena bercakap sesorang. Hahaha. Aku ni, bab-bab nak kena bercakap sesorang ni, memang payah sikit. Banyak juga teguran yang aku dapat sepanjang aku bersiaran. Intonasi aku agak serius. Tak mesra pendengar. Wuwuwuwuwu. Padahal, aku dah cuba sedaya mungkin.



Pernah suatu ketika, semasa aku mengendalikan segmen Carta Nasyid, aku bercakap sambil tersenyum. Elvy yang berada di depan aku pula mengangguk-angguk kepala, kononnya cuba berinteraksi dengan aku. Tapi, akhirnya, sebelum aku habiskan ayat terakhir, aku dah tergelak dan terus turunkan meter audio. Tak tahan aku berpura-pura sedemikian rupa.

Bukan senang wooo nak jadi DJ.


Apapun, aku tetap gembira kerana dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik sepanjang kami bersiaran iaitu selama 9 minggu.

Kenangan di MIDAS akan kekal terpahat dihatiku.

DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Sekian, wassalam.

Gambar krew MIDAS yang sempat dirakam oleh Tuan Haji Sulimi.
Tapi sayang, tak semua yang ada..

Hmm..
Apo boleh buek.

Janji..kali ni gambar aku ada..Heeeee

TATA