CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 24, 2009

Pelancaran Blog Baru..!!!


Cik Liza sempat meluangkan masa untuk bergambar bersama peminat. Kesian budak tu.. teringin benar dia nak bergambar dengan Cik Liza. Jadi, untuk tidak menghampakan peminat, Cik Liza layan saja laaa.... (Hahahahahaha...Perasan sungguh la aku ni)



Sempat bergambar dengan penerbit MIDAS yang wajahnya ala-ala Rosyam Nor. Hehehe..
Inilah penerbit yang menjadi tulang belakang di dalam penghasilan drama berjudul Menanti di Sayup Rindu yang menjadi nama tema bagi blog ni. Heeee...


Alhamdulillah..
blog ni dah pun siap sepenuhnya..
walaupun mungkin akan di "touch up" lagi dari masa ke masa..
terima kasih buat semua yang membantu beta..
buat saudara fatah, aziz, andeh, che amat dll..
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...
jasa kalian kan kukenang selalu..

Sekian, wassalam.

-Cik LieYza Director Perasan-

Saturday, February 21, 2009

Under Construction

PERHATIAN...!!!

Kepada para pengunjung dan pembaca blog..
pihak kami sedang menjalankan proses membaik pulih blog..
Kerja-kerja "renovate" sedang dijalankan...
Apapun, silalah berkunjung ke blog yang satu lagi..

Sekian, harap maklum.

Terima Kasih.

-Cik LieYza Director Perasan-

Wednesday, February 11, 2009

Bicara Hatiku


Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ
Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah...
tiada penghujungnya
Manakah jawapannya
Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini
Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….