CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

Perlukah Nama Pena?

Sewaktu zaman penjajahan, iaitu era negara sedang dalam proses menuntut kemerdekaan, penulis merupakan golongan yang sangat penting. Mereka membakar semangat juang penduduk tempatan menerusi mata pena. Ada di antara mereka yang mewujudkan sentimen menentang penjajahan ini dengan begitu berani hingga memanaskan punggung penjajah.

Tulisan-tulisan sedemikian boleh diambil tindakan keatas penulisnya, jika pihak yang bertanggungjawab dapat mengenal pasti identitinya. Penggunaan nama samaran pada ketika itu penting bagi menyembunyikan identiti sebenar penulisnya. Penulis pada zaman tersebut pula tidak mementingkan soal pembayaran honorarium, sebaliknya melihat karya mereka terbit adalah jauh lebih memuaskan.

Namun, pada hari ini, keperluan menggunakan nama pena lebih bertujuan komersil. Nama pena yang menarik, sedikit sebanyak mampu memancing pembaca.

Walau bagaimanapun, menulis menggunakan nama pena bagi penulis baru bukan sekadar untuk suka-suka. Nama sangat penting bagi penulis. Pembaca mungkin tidak akan mengenali penulis jika mereka berlaga bahu sekalipun. Tetapi ketika membaca karya, pembaca akan mengenali penulis melalui nama yang digunakan.

Tidak salah sama sekali jika penulis itu menggunakan namanya sendiri. Malah, menggunakan nama sendiri akan memudahkan lagi pihak pengurusan menyediakan cek bagi pembayaran honorarium. Adakalanya, nama pena yang disangka nama sebenar juga menyebabkan nama atas cek tidak dieja dengan betul.

Penggunaan nama samaran ataupun nama sebenar biarlah konsisten, terutama sekali bagi penulis yang baru hendak mencari tapak dalam dunia penulisan. Nama dan karya yang baik akan membina keyakinan pembaca terhadap penulis tersebut.

Penulis yang menggunakan nama samaran bererti beliau mengamanahkan kepada pihak editor atau penerbit karyanya supaya memegang rahsia tersebut. Penulis tentunya mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa beliau memilih untuk menggunakan nama samaran. Editor wajar menyimpan amanah tersebut sehinggalah penulis itu sendiri bersedia untuk 'mengumumkan' siapa dirinya yang sebenar. Rahsia kecil ini akan terbuka biasanya apabila penulis tersebut memenangi anugerah penulisan.

Dari aspek perundangan pula, penerbit dianggap sebagai wakil yang sah bagi pihak penulis. Penerbit juga hendaklah memastikan bahawa hak-hak penulis itu terjaga.Ini disebut dalam Seksyen 26(4)(b) Akta Hakcipta 1987.

Penerbit hari ini jarang sekali menerima manuskrip ataupun naskah daripada penulis yang tidak dikenal pasti identitinya.

Kontrak dan Royalti

Kontrak

PERJANJIAN penerbitan di antara penulis dan penerbit merupakan suatu kontrak. Dalam kontrak terdapat beberapa elemen yang mesti dipatuhi iaitu penawaran, penerimaan dan balasan.
Dalam hal ini, penerbit menawarkan kontrak kepada penulis supaya menghantar karyanya kepada penerbit. Ini disebut penawaran. Manakala penulis pula menerima tawaran tersebut. Ini jelas bermaksud penerimaan.

Sesuatu kontrak tidak akan lengkap jika tiada balasannya. Balasan di sini bermaksud perkara yang diberikan oleh satu pihak yang berkontrak kepada pihak yang satu lagi. Ertinya, penulis berjanji untuk memberikan karyanya untuk diterbitkan, sementara penerbit pula berjanji untuk membayar kepada penulis dengan kadar royalti yang dijanjikan.

Tanpa elemen-elemen tersebut, suatu kontrak yang lengkap tidak akan wujud.

Royalti

Royalti ialah bayaran yang dibuat oleh pihak penerbit apabila karya penulis terbit dan terjual berdasarkan kontrak perjanjian. Royalti harus dibezakan dengan honorarium. Royalti dibayar berkali-kali bergantung kepada jumlah jualan. Honorarium pula dibayar hanya sekali iaitu ketika karya tersiar di akhbar, radio, majalah bulanan atau mingguan.

Hak Cipta

Hak cipta merupakan satu daripada cabang harta intelektual yang diberi perlindungan oleh undang-undang. Hak cipta wujud untuk melindungi hak-hak pencipta yang menghasilkan karya sastera, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Konsep hak cipta sebagai harta benda bererti ia sesuatu yang bolehdibeli, dijual, dipindahmilikkan, diwasiatkan, diwariskan danjuga disewakan.
Undang-undang yang mengawal hak cipta dan segala yang berkaitandengannya ialah Akta Hakcipta 1987 (Akta 332). Seorang penulis boleh mendapat perlidungan hak cipta seperti yang telahdijelaskan oleh Akta ini iaitu antara lain; novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, drama, arahan pentas, senario filem, skripsiaran, sejarah, biografi, karangan dan artikel, ensiklopedia dan kamus.

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran


Salam Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
Moga berbahagia di hari lebaran.
Ingatlah keluarga tersayang.
Tulus Ikhlas,
Cik Liza.

Ini Dia...

video

Tuesday, August 25, 2009

Mongkos

Tempat jatuh lagi dikenang...huahuahua.



Inilah gua yang ditemui di Mongkos.


Nota:

"Riangnya hati bila penggambaran dah berakhir..lalala. Gambar belum dapat diupload sepenuhnya disebabkan oleh kekangan masa dan blogger kurang sihat dek kerana demam yang suka datang dengan tetiba."

Thursday, July 16, 2009

Tinggalkan padaku sebuah kenangan...

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Negeri Kedah Darul Aman.

Radio Malaysia Kedah fm
~Mesra Harmoni~


Ketua Bahagian Rancangan
YM Tengku Abdullah Tengku Ahmad


Bahagian Pentadbiran



Bahagian Kejuruteraan



Unit Berita



Abang Nazri


Abang Faizal



Abang Rizal


Pakcik Pauzi, Abang Ice, Abang Jamil, Abang Daniel, Kak Idah, Makngah dan Kak Sya.



B4 N1..Lalala..


Cik Sha kucayang..muah!


Si Fahmi si ngenge..lalala..


K.A.M.I sekitar jam 2 hingga 6 pagi


Hari terakhir 'on air'...
Tinggalkan konti tepat jam 2 pagi..
Sedihnya..

Rakan praktikal baru..
Mereka inilah pengganti kami..
Kesemuanya dari UUM
Fikri, Liza, Rozie

Tinggal kenangan..
Ultraman Taro
Fahmi, Liza, Sha ..


Menjalani latihan amali di RTM Kedah terasa bagaikan sedang mengikuti sebuah percutian menarik yang pernah kualami.

Adakalanya diriku terasa seolah-olah sedang mengikuti 'summer camp' di musim cuti sekolah.

Ternyata warga RTM Kedah mempunyai kredibiliti yang tinggi selaras dengan tagline Radio Malaysia Kedahfm iaitu Mesra Harmoni.

Sepanjang dua bulan aku di sana,
puas aku tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu...
siapakah ketiga yang bakal muncul di dalam kamus hidupku.

Namun,
ternyata tiada ketiga yang benar-benar sesuai untuk kumuatturunkan fotonya di dalam studio skemaku ini.

Sebaliknya,
bukan siapakah ketiga yang kutemui tetapi 'kami bertiga' telah meninggalkan sebuah memori yang amat mencuit hati.

Kami bertiga...
Sha, Fahmi dan juga Liza...
Inilah kami...

Walaupun kami bertiga bukanlah dari IPTA yang sama namun kami bertiga tetap setia sepanjang berada di Unit Bencana.

Siang, malam, pagi, petang...
kami sentiasa bersama-sama..
Suka, duka, sedih, suram, gelak ketawa, titisan air mata mahupun luahan perasaan..
kami bertigalah tempat kami berkongsi rasa.

Bukan itu sahaja,
segala perancangan yang berunsurkan 'kenakalan' atau 'kejahatan' atau 'pembohongan' atau 'misi penyelamatan' atau 'kerja amal'...
segala-galanya menjadi rahsia di antara kami bertiga.

Mungkin kami bukanlah siapa-siapa..
sekadar membina impian untuk menjadi B4N1..

Namun,
kami bangga kerana kami bertiga telahpun berjaya menangkis serangan daripada seekor gajah liar yang ingin memusnahkan tanaman segar.lalala.

Walaupun dalam serangan tersebut kami sendiri tercedera dan mengalami luka-luka namun kami mampu mengukir senyuman tatkala melihat pekebun-pekebun di sana bersorak gembira kerana tanaman mereka hidup segar dan semestinya jualan mereka akan laris di pasar malam.lalala.

Bak kata Ultraman..
"Biarlah orang tak tahu siapa aku..
adakalanya topeng dapat membantu kita mengenali siapakah raksasa sebenar yang berani memusnahkan bandar Tokyo metropolitan.."

Sekian, wassalam.