CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

Kontrak dan Royalti

Kontrak

PERJANJIAN penerbitan di antara penulis dan penerbit merupakan suatu kontrak. Dalam kontrak terdapat beberapa elemen yang mesti dipatuhi iaitu penawaran, penerimaan dan balasan.
Dalam hal ini, penerbit menawarkan kontrak kepada penulis supaya menghantar karyanya kepada penerbit. Ini disebut penawaran. Manakala penulis pula menerima tawaran tersebut. Ini jelas bermaksud penerimaan.

Sesuatu kontrak tidak akan lengkap jika tiada balasannya. Balasan di sini bermaksud perkara yang diberikan oleh satu pihak yang berkontrak kepada pihak yang satu lagi. Ertinya, penulis berjanji untuk memberikan karyanya untuk diterbitkan, sementara penerbit pula berjanji untuk membayar kepada penulis dengan kadar royalti yang dijanjikan.

Tanpa elemen-elemen tersebut, suatu kontrak yang lengkap tidak akan wujud.

Royalti

Royalti ialah bayaran yang dibuat oleh pihak penerbit apabila karya penulis terbit dan terjual berdasarkan kontrak perjanjian. Royalti harus dibezakan dengan honorarium. Royalti dibayar berkali-kali bergantung kepada jumlah jualan. Honorarium pula dibayar hanya sekali iaitu ketika karya tersiar di akhbar, radio, majalah bulanan atau mingguan.

0 comments: