CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

Perlukah Nama Pena?

Sewaktu zaman penjajahan, iaitu era negara sedang dalam proses menuntut kemerdekaan, penulis merupakan golongan yang sangat penting. Mereka membakar semangat juang penduduk tempatan menerusi mata pena. Ada di antara mereka yang mewujudkan sentimen menentang penjajahan ini dengan begitu berani hingga memanaskan punggung penjajah.

Tulisan-tulisan sedemikian boleh diambil tindakan keatas penulisnya, jika pihak yang bertanggungjawab dapat mengenal pasti identitinya. Penggunaan nama samaran pada ketika itu penting bagi menyembunyikan identiti sebenar penulisnya. Penulis pada zaman tersebut pula tidak mementingkan soal pembayaran honorarium, sebaliknya melihat karya mereka terbit adalah jauh lebih memuaskan.

Namun, pada hari ini, keperluan menggunakan nama pena lebih bertujuan komersil. Nama pena yang menarik, sedikit sebanyak mampu memancing pembaca.

Walau bagaimanapun, menulis menggunakan nama pena bagi penulis baru bukan sekadar untuk suka-suka. Nama sangat penting bagi penulis. Pembaca mungkin tidak akan mengenali penulis jika mereka berlaga bahu sekalipun. Tetapi ketika membaca karya, pembaca akan mengenali penulis melalui nama yang digunakan.

Tidak salah sama sekali jika penulis itu menggunakan namanya sendiri. Malah, menggunakan nama sendiri akan memudahkan lagi pihak pengurusan menyediakan cek bagi pembayaran honorarium. Adakalanya, nama pena yang disangka nama sebenar juga menyebabkan nama atas cek tidak dieja dengan betul.

Penggunaan nama samaran ataupun nama sebenar biarlah konsisten, terutama sekali bagi penulis yang baru hendak mencari tapak dalam dunia penulisan. Nama dan karya yang baik akan membina keyakinan pembaca terhadap penulis tersebut.

Penulis yang menggunakan nama samaran bererti beliau mengamanahkan kepada pihak editor atau penerbit karyanya supaya memegang rahsia tersebut. Penulis tentunya mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa beliau memilih untuk menggunakan nama samaran. Editor wajar menyimpan amanah tersebut sehinggalah penulis itu sendiri bersedia untuk 'mengumumkan' siapa dirinya yang sebenar. Rahsia kecil ini akan terbuka biasanya apabila penulis tersebut memenangi anugerah penulisan.

Dari aspek perundangan pula, penerbit dianggap sebagai wakil yang sah bagi pihak penulis. Penerbit juga hendaklah memastikan bahawa hak-hak penulis itu terjaga.Ini disebut dalam Seksyen 26(4)(b) Akta Hakcipta 1987.

Penerbit hari ini jarang sekali menerima manuskrip ataupun naskah daripada penulis yang tidak dikenal pasti identitinya.

Kontrak dan Royalti

Kontrak

PERJANJIAN penerbitan di antara penulis dan penerbit merupakan suatu kontrak. Dalam kontrak terdapat beberapa elemen yang mesti dipatuhi iaitu penawaran, penerimaan dan balasan.
Dalam hal ini, penerbit menawarkan kontrak kepada penulis supaya menghantar karyanya kepada penerbit. Ini disebut penawaran. Manakala penulis pula menerima tawaran tersebut. Ini jelas bermaksud penerimaan.

Sesuatu kontrak tidak akan lengkap jika tiada balasannya. Balasan di sini bermaksud perkara yang diberikan oleh satu pihak yang berkontrak kepada pihak yang satu lagi. Ertinya, penulis berjanji untuk memberikan karyanya untuk diterbitkan, sementara penerbit pula berjanji untuk membayar kepada penulis dengan kadar royalti yang dijanjikan.

Tanpa elemen-elemen tersebut, suatu kontrak yang lengkap tidak akan wujud.

Royalti

Royalti ialah bayaran yang dibuat oleh pihak penerbit apabila karya penulis terbit dan terjual berdasarkan kontrak perjanjian. Royalti harus dibezakan dengan honorarium. Royalti dibayar berkali-kali bergantung kepada jumlah jualan. Honorarium pula dibayar hanya sekali iaitu ketika karya tersiar di akhbar, radio, majalah bulanan atau mingguan.

Hak Cipta

Hak cipta merupakan satu daripada cabang harta intelektual yang diberi perlindungan oleh undang-undang. Hak cipta wujud untuk melindungi hak-hak pencipta yang menghasilkan karya sastera, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran. Konsep hak cipta sebagai harta benda bererti ia sesuatu yang bolehdibeli, dijual, dipindahmilikkan, diwasiatkan, diwariskan danjuga disewakan.
Undang-undang yang mengawal hak cipta dan segala yang berkaitandengannya ialah Akta Hakcipta 1987 (Akta 332). Seorang penulis boleh mendapat perlidungan hak cipta seperti yang telahdijelaskan oleh Akta ini iaitu antara lain; novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, drama, arahan pentas, senario filem, skripsiaran, sejarah, biografi, karangan dan artikel, ensiklopedia dan kamus.