CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 26, 2009

Tengok Gambar Ingat Kerja... Adeh la...!!!!

Media Production..
Yey.. SCP kami dah siap semua !!!!
Horay....!!!


Nadi Bangi yang entah bila siapnya...


Eiii.. seram tengok gambar ni...
Terdengar seruan..
"MCP...MCP...."
Mengilai-ngilai di ruang udara..


Interview Dato Mustafa Maarof.. Organisasi Media,minggu depan nak hantar dan present.. Uwaaaaaaaa....


Kertas Projek.. Interview UNIC. Lagi satu bab belum siap..
Aiyaaaa...


Gambar ni sengaja letak.
Penenang jiwa orang kata.
Hahaha..
Tata..

-Teruskan usaha.. Cayok..Cayok Liza..!!!-


Sunday, March 8, 2009

Di Sebalik Tabir

Krew-krew Jernih Produksi sem1 sesi 08/09..
Dari kiri (Lilian, Farah)
Duduk di hadapan (Saieng, Liza)
Berdiri di hadapan (Mimi,Yen Ping, Ain, Ai Yung)


Mimi yang kesedihan kerana hujan tetiba turun dengan lebatnya setibanya kami di lokasi pertama, Kg Rinching, Semenyih..



Setelah menunggu begitu lama, Cik Liza tetiba terfikir satu idea..heee..geliga gak otak aku ni rupanya..(perasan lagi)



Abg Bad segera "menyelimutkan" kamera..



Yen Ping dan Lilian mengatur langkah memasang Jib Arm biarpun kebasahan...


Rakaman bermula biarpun hujan turun dengan lebatnya. Masa ni, abg Bad terpijak tahi lembu..hahahaha...


Rakaman cuba diambil dari pintu bas.. Puas adjust..kasihan pakcik bas. Kejap kedepan..kejap kebelakang..


Ni dekat Bandar Tasik Selatan.. waktu ni,hmmm....mcm2 peristiwa terjadi..
ngeri bila memikirkannya..tak payahlah cerita. biarlah ia kekal sebagai "rahsia" kami sahaja..


Ni dekat Gerai Sate Kajang (waktu malam). Budak dua orang ni memang banyak "main"..bila kena marah, nangis tak sudah..


Hmm. waktu ni semua orang tengah "tension".. semua dh "down"...sedih bila mengenangkannya.. Farah dan Saeing rasanya yang still "cool"..


Cik liza tengah merajuk..siannya..sapa pun takmau pujuk...



Lilian yang keletihan.. letih mengangkat Jib Arm sampai tertidur..



Ai Yung dan Yen Ping yang sentiasa gelisah kerana plan yang dirancang satu demi satu terpaksa diubah..


Abg Bad yang brutal.. takutnya....


Liza yang cuba temberang gara-gara Saeing buat hal..


Pertandingan siapa paling hebat..Rajinnya abg Azli..sanggup turun padang..


Abg Azli dan Dr Nizam.. Entahlah apa yang diketawakan..


Ain dan AiYung .. sentiasa muka masam..heeee


Ain dan Lilian teknikal hebat...


Tergaru-garu kepala dek kerana banyak kutu..


Berwibawa dalam melakukan setiap gerak kerja..


Lakonan mantap Mimi dan Hashim..


Penggambaran bermula..


Jahit jangan tak jahit....lalalala


Wajah krew yang penuh kepura-puraan..terpaksa senyum walaupun berduka. Eh,manA Mimi?
HEEE...sorry..tak cukup sorang..


Malam yang dinanti....Jeng..Jeng..Jeng..


Hahahahaha..tak sangka kan? Menang tempat PERTAMA!!!!
(3org tak dapat hadirkan diri)


Gambar ni sengaja letak..hehehhehe...


Atas permintaan rakan-rakan produksi, di sini Liza sertakan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa menjalani penggambaran filem dokumentari berjudul "MENJAHIT KATARSIS". Buat pengetahuan anda, filem dokumentari ini telah berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori Filem Dokumentari Terbaik (Anugerah Cipta) dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-6.

Kalau nak tahu, pelbagai dugaan terpaksa kami tempuh demi menyiapkan penggambaran ni. Ditambah lagi waktu tu bulan puasa.

Lepas tu,
macam-macam peristiwa tak diduga terjadi sesama krew produksi.

Sedih bila mengenangkannya.
Tapi, tak sangka kan..
dokumentari ni menang tempat pertama.
Hahahahahaha...

Mungkin benar kata orang..
"KEAJAIBAN BOLEH BERLAKU DENGAN TIBA-TIBA"

Buat krew-krew produksi semua..
"setiap perkara yang terjadi ada hikmahNya"

Buang yang keruh,
ambil yang JERNIH.

TAHNIAH BUAT KITA SEMUA.



:pompom:-Cik LieYza Director Perasan-

Thursday, March 5, 2009

Pertempuran Bermula..!!!


Hehehehe.. inilah wajah-wajah Pasukan Editorial Diraja yang menerajui Nadi Bangi semester ini. Macam ahli gusti tak? Hohhohoho...
Inilah antara gambar yang sempat dirakamkan semasa perjumpaan Nadi Bangi ke-9 bertempat di Makmal Multimedia, FSSK, UKM. Tak pandai nak "posing". Skema saja. Huhuhuhuu....
Kak Salmi merangkap jawatan si editor yang brutal, kuat membebel dan gelisah tak tentu masa. Tapi, kalau dah ketawa, mulalah mengarut panjang berjela.
Cik Liza merangkap jawatan si tukang karut diraja. Tugasnya mengarang cerita dan ayat untuk si brutal yang adakalanya memeningkan kepala.
Cik Moon pula merangkap jawatan teknikal diraja. Kehebatannya dalam menggunakan page maker membantu melancarkan segala bentuk kerja.
Semoga Nadi Bangi kali ini diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina, bangsa mahupun agama. Harap-harap begitulah ya...
Sekian, wassalam.