CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 1, 2009

Siapakah Ketiga???

Hari berganti hari...
Setiap saat pasti bererti seandainya ia diisi dengan 'memori' yang bakal menggamit emosi manusia tatkala perpisahan menjenguk tiba suatu hari nanti.

Sememangnya kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai warna.
Dunia ini bukanlah sekadar hitam putih kerana pasti ada warna lain yang wujud di antara dua dimensi berbeza.

PENERBIT...

Dalam kamus hidupku,
'PENERBIT' mempunyai pertalian yang agak rapat dalam perjalanan hidupku sepanjang bergelar mahasiswa di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bermula dari semester 1 sesi 2008/2009,
aku yang sedang menjalani latihan amali dalaman di Radio MIDAS tidak pernah menyangka bahawa akan wujud sebuah kisah yang melibatkan
'AKU dan PENERBIT'.

Penerbit pertama yang aku temui ialah Encik Shohaimi Hj Ab. Rahman,
seorang Penerbit Rancangan di Studio MENTION.

Lebih selesa dengan panggilan Abang Mie,
beliau merupakan seorang Penerbit yang sangat baik.
Beliaulah yang menjadi tulang belakang di dalam penghasilan drama radio berjudul Menanti di Sayup Rindu, yakni nama tema bagi blog skemaku ini.
Hehehe.

Abang Mie seorang yang berbudi bahasa, tak pernah marah, hatinya tersangatlah lembut walaupun hakikatnya dia merupakan seorang lelaki gagah perkasa. Cewah.

Sepanjang perkenalan aku dengan Abang Mie,
sesungguhnya Abang Mie seorang yang bersikap profesional dalam menghadapi apa jua situasi yang melanda.
Sentiasa memaafkan orang lain dan tidak lokek ilmu dalam memberikan pengetahuan kepada sesiapa sahaja.

Abang Mie seorang yang ringan tulang, baik hati dan selalu bagi aku pinjam komputer untuk aku melayari internet dan juga bermain game di masa lapang.

Sememangnya Abang Mie seorang yang penyabar dalam melayan kerenahku sepanjang menghasilkan drama di MIDAS.

Pernah suatu ketika,
Abang Mie terpaksa datang lambat sedikit untuk mengedit drama.
Aku pula telah meminta izin daripadanya untuk menggunakan komputernya untuk cuba mengedit sendiri walaupun aku taklah se'terre' abang Mie.
Puas aku edit...edit dan edit..
Akhirnya berjaya juga aku edit hingga ke separuh cerita.

Tapi kan,
bila Abang Mie datang,
rupa-rupanya apa yang aku edit semuanya salah..
jalan cerita pun dah lintang pukang..
entah aku klik benda apa entah..
akhirnya abang Mie juga yang memulakan penyuntingan semula.

Tapi,
Abang Mie tak pernah marah kalau aku buat salah.

Dari awal aku kenal Abang Mie sampailah ke saat ini,
Abang Mie tak pernah tinggikan suara walaupun sedikit apatah lagi nak marah orang.

Susah nak terangkan kat dalam blog ini tentang diri Abang Mie sebab hanya yang mengerti akan memahami.

Sayang sangat kat Abang Mie...
(Tapi, jangan disalah erti... hehehe)

Terima kasih tak terhingga buat Abang Mie kerana pernah hadir dalam hidupku sebagai seorang Penerbit yang amat baik hati.

Tengok !!!

Simple saja kan Abang Mie ni???



Sememangnya Abang Mie seorang yang 'berkarektor tinggi' walaupun luarannya hanya simple di pandangan mata. Namun, jika disuluh dengan mata hati, pasti anda akan temui sesuatu yang 'luar biasa' pada dirinya.

Hmmm...

Selesai sudah Penerbit pertama.

Penerbit kedua pula,
aku temui sewaktu kendalikan MCP.

Beliau merupakan seorang Penerbit Rancangan di Pusat Penerbitan dan Percetakan.

Pertemuan aku dengan penerbit ni bermula tatkala aku menghadirkan diri ke Studio UKM DECTAR.
Encik Daud Montak Zakaria namanya.

Kebanyakan pelajar memanggilnya dengan panggilan Encik Daud.
Namun, aku lebih selesa memanggilnya dengan nama 'Si Studio'.

Sebenarnya,
kisah aku dengan penerbit ini agak berbeza sedikit jika dibandingkan kisahku dengan penerbit pertama.

Sekiranya aku kerap kali bertemu dengan penerbit pertama untuk mengedit drama,
namun penerbit kedua ini lebih kerap kutemu di alam maya.

Sesungguhnya 'pertalian' itu dapat 'dihubungkan' dengan pelbagai cara.

Cahaya ada di mana-mana.
Siang mempunyai matahari untuk menyinari muka bumi.
Malam juga ada cahayanya yang tersendiri.
Walaupun matahari menyembunyikan dirinya pabila malam menjelma,
namun bulan dan bintang pasti ada sebagai pengganti.
(Faham ke apa yang aku tulis ni? Heheh)

Penerbit kedua agak berbeza sedikit dengan penerbit pertama.
Penerbit kedua lebih selesa kuanggap sebagai seorang kawan jika dibandingkan dengan penerbit pertama yang kuanggap sebagai abang atau seseorang yang lebih tua dariku.

Perangainya yang agak sekepala denganku menyebabkan ramai yang tersalah anggap dan beranggapan bahawa aku tidak menghormatinya.

Bukan itu maksudku.

Aku amat menghormatinya sebagai seorang penerbit dan juga sebagai seorang manusia.

Cuma,
caraku menunjukkan rasa hormat kepadanya mungkin agak berbeza.

Sepanjang perkenalanku dengannya,
ternyata beliau juga merupakan seorang penerbit yang berhati mulia.

Beliau gemar membantu pelajar yang berada di dalam kesusahan tanpa mengira masa.
Sudi menghulurkan bantuan sedaya upaya.
Beliau tidak pernah meninggikan suara apatah lagi nak 'baham' manusia.

Hatinya sangat sensitif dan perlu dijaga.
Heeeeee

Walaupun beliau merupakan seorang penerbit,
namun beliau tidak keberatan untuk memohon maaf seandainya beliau sendiri melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja.

Juga seorang yang simple secara luarannya namun ternyata beliau merupakan seorang yang 'berperibadi mulia'.

Tapi kan,
penerbit ni, kalau dia nak ketawa, dia akan bilang berapa banyak 'HA' yang akan digunakannya.

Kalau 3HA..
Dia akan gelak HA..HA..HA..

Kalau 4HA..
Maka dia akan gelak HA..HA..HA..HA..

Cuba tengok muka dia...

Comel kan orangnya???


Jadi,
kepada sesiapa yang takut kepadanya,
jangan la takut lagi..

Bukan air mata yang akan mengalir jika anda berhubungan dengannya sebaliknya hanya ketawa yang akan anda temui sepanjang pertalian anda dengannya.

Tapi kan,
bagi sesiapa yang mengenali penerbit ini,
pasti akan ada air mata juga yang mengalir di penghujungnya kerana sedih nak meninggalkan si studio ni...

Sayang sangat kat si studio ni..
(Sayang bersebab jangan disalah sangka..heheh)

Terima kasih ya si studio di atas segala-galanya...
Selagi den boleh ingat, den takkan lupa apa saja 'memori' yang telah tercipta.

Hmmm...

Namun,
apa yang pasti..
kini masih ada satu tanda tanya..

Siapakah PENERBIT ketiga yang akan hadir di dalam hidupku selepas ini???

Adakah beliau juga berperwatakan sama seperti penerbit 1 dan 2???

Atau

Mungkinkah juga sebaliknya???

Waaaaaaaaaa....
takutnyaaaaaaaaa.....

Moga-moga akan kutemui penerbit yang berhati mulia seperti penerbit-penerbit yang telah kujumpa...

InsyaAllah..

Mudah-mudahan..

AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

Sekian, wassalam.

37 comments:

daud.montak.zakaria said...

Den iringi tulisan ini dengan beberapa spesis ketawa....
HA...HA...HA..
HE...HE...HE...
HEH...HEH...HEH...
KEH..KEH...KEH..

Yolah tuuu....
Moga2 yang ketigo..hmmm...apo yo...

ct_saggie said...

huhu.
en.mi dan en.studio...
hihi
den punyo.
haha
ekau punyo gak

CikLieYzaOnline said...

utk si studio,
den nk tambah 1 lagi spesies..
"heeeeeeeeeeeee"
(bunyi ketawa hanya kedengaran di dlm hati namun di bibir cuma kelihatan paparan gigi)

utk cik yam,
hehehehe.
abgmi ku encik mi mu jua,
si studio ku encik daudmu jua,
'serupa' tp 'berbeza'..
hahahahaha

utk blog,
sedikit tmbahan..
kalo dulu abgmi terkenal dgn 'hacks' tp si studio terkenal dgn 'clorets'...
hehehehe.inilah rahsia tergempak pernah kusimpan....hehehehe.

p/s:hanya yg mengerti akan memahami.

CikLieYzaOnline said...

lupa plak nk mnjwb persoalan...huhuhu.hrp2 penerbit ketiga adalah emm.. apo yo.. den pun xleh nk gmbarkannya....wwuuwuwu,den cumo risau 1 yo.."skema"...hahaha.sbb sifat den amatlah bertentangan dgnnya nnt...hehehehe

daud.montak.zakaria said...

Kalao hang dapek macam si Salmi tu macam mana? Atau macam liza yang kuat merjuk tu atau jeng...jeng....jeng...macam..mmmm...macam...aaa..ABG. BAD!

daud.montak.zakaria said...

'Atau macam liza yang kuat merjuk tu atau'

pembetuln...

Macam si YAM yang kuat merajuk tu....

CikLieYzaOnline said...

WOW (haahahah..tetiba teringat ayat P.Ramlee gak..hahaha)

emmm..kalo den dapek mcm kak salmi,alhmdulillah..den boleh terima sbb den kona siapa kak salmi.nadi bangi pun den dh bekerja di bwh dia.Jd,den tau la mcm mana nk amik hati dia.heheh.den kena guno taktik 'no 33' den.

kalo den dapek mcm cik yam,hahahaha...manjanya penerbit den..den pasti golakkan dio..hahahaha.

kalo den dapek mcm abg bad.....hohohohohoho...nmpknya den kena la beli byk2 gula2 clorets utk mndinginkan smula keadaan persekitaran stdio baru den nnt tu.den hembus2 nafas segar clorets ala2 jampi cmtu.hehehe.tp kan,kalo den dapek mcm abg bad,emmm..den kena guno tktik no '42' sbb den dh berjaya amik hati abg bad guna taktik tu dulu.cumo,ado la yg den tersalah praktikkan sikit..tersosat smpai den terkena bisa taringnya..heheh.den kena lebih mndalami ilmu 'pujuk rayu' pasni.hahahahaha..

ekau ado tips x?ekau kasi kek den.heeeeeee.....

CikLieYzaOnline said...

tp kan,baru den perasan..penerbit 1pakai ala2 simple je ..penerbit 2 dh pakai jacket sikit (jacket ke vest?ontah..mano2lah)..emmm,buek penerbit 3 siap ber'coat' bergaya,waaaaa... soram den soram... pastu kan,penerbit 1 dan 2,apo yg den suko ialah den suko sbb kalo ado apo2 rahsia,rahsia tu rhsia kami yo..hehehehehe.den ingat laie,ado 1 maso tu kan,den golak kek abgmi sbb den mcm main2 rhsia ngn dia.hahaha.siap brjanji mengangkat sumpah mggunakan anak jari laie.hehehe.(ni kalo cik yam baco mesti jeles ni..hahaha).laie kan,kek penerbit 2 tu lak,kalo ekau nk tau,ekau tanyo la dio,mcm2 rhsio yg den gtau kek dio.den ni suko ngadu gak rupa2nyo..ish..ish..ish..laie kan,emm..den mcm nk tulis byk lak kek sini tp perut dh berbunyi,sehari suntuk xmkn nk pi beli mkn jap.nt den smbung cerita pas kenyang.hehehe

CikLieYzaOnline said...
This comment has been removed by the author.
CikLieYzaOnline said...

waaa...den dh kenyang.nk smbg cito sikit.em,den nk nyatakan pendapat peribadi den kek sini.apo yg mbuatkn den syg kek keduo2 penerbit ni ialah:

1)den ni jns yg amatlah simple se'simple'nya dan den raso kek MENTION tu,den la org yg paling simple dan tiada manusia lain dh yg simple mcm den.selekeh je.hehehe.kbtulan kedua2 penerbit yg den temui juga simple tp bkn mcm den la (lebih smart) tp apo yg den raso,perwatakan mereka simple mcm den.jd,sbb tu la den leh 'masuk' ngn kedua-dua penerbit ni.agaknya la...tp,den xtau la pulak sama ada dua2 org penerbit ni suka atau x kek den.haha.mgkin gak den hanya perasan seorg dri.wuwu.tp xpala,den xkisah org suka atau x asalkan den suka sudah.heeeeee.

2)den juga suka org yg x byk protokol.dan den dapati kedua-duanya x berprotokol.sbb tu la den suka.den ni,mcm org kampung sikit.haha.(mmg org kampung pun.lupa lak.huhu)

3)den suka sbb kedua2nya comel..hehehe.muka comel,tingkah laku pun comel...'comel' den mgkin x sama dengan 'comel' yg org lain tafsir tp den lebih mgtahui maksud 'kecomelan' yg den rasakan benar di hati den.

4)kalo abgmi ada 'kamarul',si studio pun ada 'kamarul'.dan ternyata den boleh bergelak ketawa dengan kedua2 kamarul milik penerbit tersebut.

5)den suka sbb abgmi matanya kabur sikit.jadi,bila ada kebakaran kat fakulti,den la yg jadi 'matanya' utk membaca no talipon.hehehehe.pastu,bila edit drama,abgmi suka tanya den,"mcmmana ok x?" dan den teramatlah suka menyeksa abgmi dengan mengatakan bhwa "x ok".den suka suh abgmi genjak2 muzik supaya tgn abgmi lenguh mgedit drama den.heeeee.si studio plak,den suka seksa dia dengan tanya dan buat kenyataan yg memeningkan kepalanya supaya dia boleh pening dan demam spt den.tp,si studio ni,kalo den tanya dia apa2,ayat yg dia x pernah mis mesti dia akan tanya balik,"macam mana?"...haha.den tanya dia,dia tanya den balik.hehehehe.

lagi....emmmm...

sbrnya,den xpernah berdoa atau berhajat untuk bertemu atau ditakdirkan berhubungan dengan mana2 penerbit selama ni.mgkin sgla2nya dh ditakdirkan Tuhan.dan den juga xpernah mgharapkn penerbit ni moga2 mcmni..pnerbit ni plak moga2 mcmni..apa yg den tau ialah den cuba mgenali kedua2nya dan cuba memahami kedua2nya agar mudah den nk 'insert' sekaki.hehehe.tp,kalo abgmi,den kurang menyakatnya.pernah gak den menyakatnya dan terserlah kat mukanya yg dia 'tersentap' dgn nyakat den wlupun dia xckp.jadi,den sntiasa jaga hatinya dengan mnjadi seorang yg baik.haha.tp kan,bila abgmi yg nyakat den, den pun agak 'tersentap' dgn nyakatnya tu.mgkin benar kata org,kalo org xpernah nyakat kita,tetiba dia nyakat,huhuu...nyakatnya akan terasa hgga ke tulang rusuk dan juga buah pinggang.hehehe.si studio plak,den slalu nyakat dia dan hehehehe...den tau adakalanya dia terasa tapi tu la cara den nk tnjukkan kasih sayang.hahahahahaha.dh mcm rancangan Fitrah Kasih lak den rasa.heeeeeeee...

emmm,tapi kan,sbnrnya yg den dok cerita pjg2 ni,den tgh berinteraksi dgn siapa ni?haha..sekali lagi den bercakap sorg2...heeeeeeee

adul said...

Gmba dul xde ke?huhuw

daud.montak.zakaria said...

Hang tulis je liza, den akan baca, tu lah sebab den link kan posting ni dengan blog den...Kalau den rasso nak komen mesti den komen...

CikLieYzaOnline said...

adul,kalo hg jd penerbit,aku letak la gmbar hang skli kat sini tp kena tggu hang jadi penerbit dulu la..heeeeeeeee..

emmm,
utk si studio,
xpo..den x kisah...den mmg suka tulis.kalo den rasa ada benda nk tulis,den tulis je lah.hehehehe.tp,cik yam suka ckp yg den ni suka ckp sesorang...hahaha.tu pasal den risau kalo dia baca den tulis pjg2,nt dikatakan den x siuman lak.

ct_saggie said...

erm
amboi2...
ye la ...
yam ni kuat merajuk..
mmg mengaku....
tapi den merajuk bersebab..
bukan merajuk tak bersebab...
den ni xsuka merajuk yg tak tentu hala...
xpolah...
den pun terkonangkan semua pertemuan yang pernah dibina...
terima kasih semua...

CikLieYzaOnline said...

hahahaha..siap ym2 den laie dok ngadu yo...hahahahaha...award ekau tu,den dh amik dh siap tmpal kek blog laie.siap leh klik laie.ekau klik la kek award tu,nnt akan kuar 1 lmw web yg paling cntik kek dunia...klik la kalo x caya.heeee

daud.montak.zakaria said...

Dah...dah tibalah rajuknye tu....

CikLieYzaOnline said...

hahahahahaha...alala dongdang..dongdang kusayang...hahaha.tetiba den teringat lagu ni...hahahaha

ct_saggie said...

rajuk yang manja
hehehe
ala en.daud ni...
rajuk manja2 tu
hehehhe

CikLieYzaOnline said...

hahaha..rajuk2 manja..last2 den gak jd mgsa...hehehe.ni la namanya adik nk mnja ngn abg..abg mana???abg daud kesayangan...hahahahahahahahahah....

em,elok la nk mnja pun...
den gak yg xdak sapa2 nk mnja..wuwuwuwuwu.kesiannnnn.....

CikLieYzaOnline said...

emmm,den kan..ada 1 benda yg den teringin sgt nk buat. den teringin nk merajuk kat org...tp dengan syarat org tu pujuk den la..selama ni,selama den hdup,den pyh nk merajuk kt org.kalo kt umh pun,kalo den merajuk,dah tau dah sapa pun x layan.gelak2 lagi ada la.last2 den sndri yg pujuk diri sendiri.hbs kuat pun kalo den merajuk sgt,den akan gtau kat org yg den tgh merajuk sbb sapa pun x amik peduli kalo den merajuk.mcm org xtau je yg den ni dlm keadaan merajuk.maknanya sampai den sndri kena ckp kat diorg kata den sekarang dlm keadaan merajuk.puas den pk,nape kalo den merajuk,org xmau pujuk?dan nape kalo den merajuk,org mcm xtau je yg den sdg merajuk?ada cara khas ke sbnrnya nk gmbarkn yg kita ni sdg merajuk kek org?dilema den memikirkannya...wuwuwuwu.

CikLieYzaOnline said...

den ni dh mcm anak yg keciciran lak rasa...heheheheheheh

daud.montak.zakaria said...

Kalau kek rumah cara merajuk yang berkesan mungkin macam ni kut. Duduk dalam bilik, dan usah makan dan usah minum serta jangan keluar bilik selama sebulan. Mmm....mungkin berkesan kut....

daud.montak.zakaria said...

Den sebenarnye tak pastilah, ada rajuk manje ke?

ct_saggie said...

ader..
ader ar rajuk manja...
saje nk bg dipujuk
tu sebab jd rajuk manja...

yg dok dlm bilik tu
tabiat tu...
klu dh rajuk sakan....mmg memerap dlm bilik...
ishhh....pe ar...haha

CikLieYzaOnline said...

hahahaha....tu merajuk ala2 melangsingkan badan,..hahahahahaha.

xmaula merajuk cara ekau tu,kebuluran den dibuatnya nnt.

nt,xpasal2 den mati kering kontang.

CikLieYzaOnline said...

lebih baik den merajuk dengan cara pi panjat pokok rambutan.sambil merajuk,boleh gak mengisi perut.heheh.

utk cik yam,
heeheheh.merajuk untuk dipujuk.
bertuah la ekau kalo ada org nk pujuk.buat ekau bertemu dengan org yg panas baran cmna?skli ekau merajuk,xpasal je ekau kena lempang.
nt pipi ekau yg putih tu xpasal2 je kemerah2an....heeeeeeeeee

Anonymous said...

Entri ini membuka fikiranku bahawa dunia ini masih lagi mempunyai warna.Saya amat tersentuh dengan ayat ini,

Cahaya ada di mana-mana.
Siang mempunyai matahari untuk menyinari muka bumi.
Malam juga ada cahayanya yang tersendiri.
Walaupun matahari menyembunyikan dirinya pabila malam menjelma,
namun bulan dan bintang pasti ada sebagai pengganti.

Amat mendalam maksudnya!

Semoga penulis bertemu dengan penerbit yang sebelum ini telah kamu jumpa.

Rahsia Alam said...

Hmm..
rasenye..
ko ni ade jodoh dgn pnerbt kut..
haha..

daud.montak.zakaria said...

DENGAN PENERBIT YANG KETIGOLAH TU...KAN...KAN...KAN...

daud.montak.zakaria said...

Yam ni kalau merajuk memang susah nak pujuk, kalau yang tak sabar dah tentu ditinggalkannya...

daud.montak.zakaria said...

Liza, merajuk yang den katokan tu memang sesuai, mmmm...den yakin dalam sebulan akan turun sepuluh kilo, ops! soly arrr, den gurau, tapi elok gak dibuat....keh...keh...keh...keh...

CikLieYzaOnline said...

nomos,
hehehe..den pun xtau apa sbnrnya yg den nk mksdkan..masa tulis tu,tetiba idea tu dtg..den tulis je la...hehehe.mndalam ke?pernah ke ekau gali berapa dlm mksd ayat tu?heheh.

alam,
hahahaha..tu dia..dia mai dah si alam ni...

emmmm,
penerbit 1 tempat den menumpang kasih...
penerbit 2 tempat den menumpang manja...
penerbit 3 mgkin gak tempat den 'berkongsi' rasa,suka dan duka...selamanya...
hahahahahahaha...

ct_saggie said...

mksd en.daud..
erm
ye la kot kan//
yang xsabar mmg akan tinggalkan terus
hahaha

CikLieYzaOnline said...

utk si studio,

hahahahaha...
ekau memang...
ekau nk den jd kocik mcm ekau gak kan...sbb ekau jeles tgk kecomelan den ni kan..hahahahaha....

den xmau...den xmau...
den x tahan kalo 1 ari xmkn nasik...
kalo xmkn benda lain,den boleh tahan lagi tp kalo x mkn nasik,boleh gila jadinya...apatah lagi nk praktikkan tips merajuk yg ekau kasi kek den tu...den xrela..den xrela....heeeeeeeee

dulu,masa kecik2,kalo den merajuk,den akan pi mndi sungai..xpun den akan pi masuk hutan cari buah apa2 utk dimakan...buah koko ke,buah cenderai ke..xpun,den akan pi ligan anak kambing org....sbb den tau nt akan ada org report kek abh den..jd,dengan cara tu,abh den akan mgamuk dan marah den..baru la hati den akan tenang....sbb jenis den,kalo den merajuk,org pujuk baik2,nt den nangis lak.sbb hati den mudah tersentuh kalo org buat baik kek den.mudah sgt rasa terharu.tp kalo org marah,den akan tersenyum gumbira sambil gelak bangga.tu la cara den merajuk kek org...

ekau xpernah merajuk kek org ko?kalo ekau merajuk,den rasa kan,mesti ekau akan diam....pastu ekau buek muko monyok..masam...hahahaha.comeynyaaa..
hahahahaha....ekau cubo merajuk jap.den nk tgk...hahahaha

Unknown said...

salam...ceh....tragis sangat nie>>>

CikLieYzaOnline said...

hahaha...apa pulak yg tragisnya..heee

edan coba said...

Salam... tentang TAG tu ..
liza first tuliz nmer2 follower yg ingin liza TAG tu..
than liza highlightkn pastu cr ikon bumi (ada di atas!!)
Now... liza letakkn lah URL follwer tu... SENANG jaa!!!
Jawab k... nnt untung2 dpt lagiey AWARD insyaallah!!!!!
hehehehe...