Hari berganti hari...
Setiap saat pasti bererti seandainya ia diisi dengan 'memori' yang bakal menggamit emosi manusia tatkala perpisahan menjenguk tiba suatu hari nanti.
Sememangnya kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai warna.
Dunia ini bukanlah sekadar hitam putih kerana pasti ada warna lain yang wujud di antara dua dimensi berbeza.
PENERBIT...
Dalam kamus hidupku,
'PENERBIT' mempunyai pertalian yang agak rapat dalam perjalanan hidupku sepanjang bergelar mahasiswa di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bermula dari semester 1 sesi 2008/2009,
aku yang sedang menjalani latihan amali dalaman di Radio MIDAS tidak pernah menyangka bahawa akan wujud sebuah kisah yang melibatkan
'AKU dan PENERBIT'.
Penerbit pertama yang aku temui ialah Encik Shohaimi Hj Ab. Rahman,
seorang Penerbit Rancangan di Studio MENTION.
Lebih selesa dengan panggilan Abang Mie,
beliau merupakan seorang Penerbit yang sangat baik.
Beliaulah yang menjadi tulang belakang di dalam penghasilan drama radio berjudul Menanti di Sayup Rindu, yakni nama tema bagi blog skemaku ini.
Hehehe.
Abang Mie seorang yang berbudi bahasa, tak pernah marah, hatinya tersangatlah lembut walaupun hakikatnya dia merupakan seorang lelaki gagah perkasa. Cewah.
Sepanjang perkenalan aku dengan Abang Mie,
sesungguhnya Abang Mie seorang yang bersikap profesional dalam menghadapi apa jua situasi yang melanda.
Sentiasa memaafkan orang lain dan tidak lokek ilmu dalam memberikan pengetahuan kepada sesiapa sahaja.
Abang Mie seorang yang ringan tulang, baik hati dan selalu bagi aku pinjam komputer untuk aku melayari internet dan juga bermain game di masa lapang.
Sememangnya Abang Mie seorang yang penyabar dalam melayan kerenahku sepanjang menghasilkan drama di MIDAS.
Pernah suatu ketika,
Abang Mie terpaksa datang lambat sedikit untuk mengedit drama.
Aku pula telah meminta izin daripadanya untuk menggunakan komputernya untuk cuba mengedit sendiri walaupun aku taklah se'terre' abang Mie.
Puas aku edit...edit dan edit..
Akhirnya berjaya juga aku edit hingga ke separuh cerita.
Tapi kan,
bila Abang Mie datang,
rupa-rupanya apa yang aku edit semuanya salah..
jalan cerita pun dah lintang pukang..
entah aku klik benda apa entah..
akhirnya abang Mie juga yang memulakan penyuntingan semula.
Tapi,
Abang Mie tak pernah marah kalau aku buat salah.
Dari awal aku kenal Abang Mie sampailah ke saat ini,
Abang Mie tak pernah tinggikan suara walaupun sedikit apatah lagi nak marah orang.
Susah nak terangkan kat dalam blog ini tentang diri Abang Mie sebab hanya yang mengerti akan memahami.
Sayang sangat kat Abang Mie...
(Tapi, jangan disalah erti... hehehe)
Terima kasih tak terhingga buat Abang Mie kerana pernah hadir dalam hidupku sebagai seorang Penerbit yang amat baik hati.
Tengok !!!
Simple saja kan Abang Mie ni???

Sememangnya Abang Mie seorang yang 'berkarektor tinggi' walaupun luarannya hanya simple di pandangan mata. Namun, jika disuluh dengan mata hati, pasti anda akan temui sesuatu yang 'luar biasa' pada dirinya.
Hmmm...
Selesai sudah Penerbit pertama.
Penerbit kedua pula,
aku temui sewaktu kendalikan MCP.
Beliau merupakan seorang Penerbit Rancangan di Pusat Penerbitan dan Percetakan.
Pertemuan aku dengan penerbit ni bermula tatkala aku menghadirkan diri ke Studio UKM DECTAR.
Encik Daud Montak Zakaria namanya.
Kebanyakan pelajar memanggilnya dengan panggilan Encik Daud.
Namun, aku lebih selesa memanggilnya dengan nama 'Si Studio'.
Sebenarnya,
kisah aku dengan penerbit ini agak berbeza sedikit jika dibandingkan kisahku dengan penerbit pertama.
Sekiranya aku kerap kali bertemu dengan penerbit pertama untuk mengedit drama,
namun penerbit kedua ini lebih kerap kutemu di alam maya.
Sesungguhnya 'pertalian' itu dapat 'dihubungkan' dengan pelbagai cara.
Cahaya ada di mana-mana.
Siang mempunyai matahari untuk menyinari muka bumi.
Malam juga ada cahayanya yang tersendiri.
Walaupun matahari menyembunyikan dirinya pabila malam menjelma,
namun bulan dan bintang pasti ada sebagai pengganti.
(Faham ke apa yang aku tulis ni? Heheh)
Penerbit kedua agak berbeza sedikit dengan penerbit pertama.
Penerbit kedua lebih selesa kuanggap sebagai seorang kawan jika dibandingkan dengan penerbit pertama yang kuanggap sebagai abang atau seseorang yang lebih tua dariku.
Perangainya yang agak sekepala denganku menyebabkan ramai yang tersalah anggap dan beranggapan bahawa aku tidak menghormatinya.
Bukan itu maksudku.
Aku amat menghormatinya sebagai seorang penerbit dan juga sebagai seorang manusia.
Cuma,
caraku menunjukkan rasa hormat kepadanya mungkin agak berbeza.
Sepanjang perkenalanku dengannya,
ternyata beliau juga merupakan seorang penerbit yang berhati mulia.
Beliau gemar membantu pelajar yang berada di dalam kesusahan tanpa mengira masa.
Sudi menghulurkan bantuan sedaya upaya.
Beliau tidak pernah meninggikan suara apatah lagi nak 'baham' manusia.
Hatinya sangat sensitif dan perlu dijaga.
Heeeeee
Walaupun beliau merupakan seorang penerbit,
namun beliau tidak keberatan untuk memohon maaf seandainya beliau sendiri melakukan kesilapan kepada sesiapa sahaja.
Juga seorang yang simple secara luarannya namun ternyata beliau merupakan seorang yang 'berperibadi mulia'.
Tapi kan,
penerbit ni, kalau dia nak ketawa, dia akan bilang berapa banyak 'HA' yang akan digunakannya.
Kalau 3HA..
Dia akan gelak HA..HA..HA..
Kalau 4HA..
Maka dia akan gelak HA..HA..HA..HA..
Cuba tengok muka dia...
Comel kan orangnya???

Jadi,
kepada sesiapa yang takut kepadanya,
jangan la takut lagi..
Bukan air mata yang akan mengalir jika anda berhubungan dengannya sebaliknya hanya ketawa yang akan anda temui sepanjang pertalian anda dengannya.
Tapi kan,
bagi sesiapa yang mengenali penerbit ini,
pasti akan ada air mata juga yang mengalir di penghujungnya kerana sedih nak meninggalkan si studio ni...
Sayang sangat kat si studio ni..
(Sayang bersebab jangan disalah sangka..heheh)
Terima kasih ya si studio di atas segala-galanya...
Selagi den boleh ingat, den takkan lupa apa saja 'memori' yang telah tercipta.
Hmmm...
Namun,
apa yang pasti..
kini masih ada satu tanda tanya..
Siapakah PENERBIT ketiga yang akan hadir di dalam hidupku selepas ini???
Adakah beliau juga berperwatakan sama seperti penerbit 1 dan 2???
Atau
Mungkinkah juga sebaliknya???
Waaaaaaaaaa....
takutnyaaaaaaaaa.....
Moga-moga akan kutemui penerbit yang berhati mulia seperti penerbit-penerbit yang telah kujumpa...
InsyaAllah..
Mudah-mudahan..
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
Sekian, wassalam.