Keberanian, semangat juang yang tinggi, senyuman serta 'bermuka tembok' amat diperlukan di dalam melaksanakan sesebuah penggambaran kerana pelbagai dugaan pasti hadir sepanjang melaksanakan sesebuah penggambaran.
Antara dugaan yang terpaksa kami tempuhi ketika melakukan penggambaran Berita Siaran (Pengemis Jalanan) ini termasuklah dihalau oleh beberapa orang pengawal ketika penggambaran dilakukan sekitar KLCC. Waktu tu, huhuhu.. malu, takut.. semua ada. Nasib kami agak bertuah kerana pita rakaman kami tidak dirampas dan kami 'dilepaskan' tanpa sebarang denda kerana kami memohon maaf dan menyelesaikannya secara baik. Tapi, sempat juga kami rakam beberapa gambar kat situ. Heheh..
Kami juga telah diganggu oleh seorang samseng jalanan tatkala penggambaran sedang dijalankan. Sengaja samseng tu lalu di hadapan kamera dan wayar kamera telah disepaknya hingga hampir menjatuhkan kamera. Fuh, nasib baik kamera tak jatuh. Kalau tidak, memang kami belasah samseng tu sebab sudah pasti abang Bad pula akan belasah kami di studio jika kamera pecah kan... (maknanya, samseng tu bernasib baik la tu.. cewah)
Hujan panas terpaksa kami redah jua demi melaksanakan misi penggambaran yang penuh bermakna !!!
Inilah punca mengapa kami sentiasa pokai setiap kali penggambaran dilakukan. Huhuhu. Lapar punya pasal... McD saja yang ada kat KL.. Nak buat macammana kan. Hehehe. Tapi sekarang dah insaf dah. Makan biskut kering cicah air teh saja setiap hari.
Berikut adalah barisan krew Media Produksi yang amat disayangi dan sentiasa heppy yippy. Walau sukar walau payah, kami sentiasa bersama dan tidak sesekali berpecah kerana hati kami adalah SATU. Tiada lain selain MEDIA PRODUKSI yang kami sayangi. Tetap setia buat selama-lamanya.
Joe Ai Yung
Loh Mi Vien
Nurul Ain A.Hamid
Goh Yen Ping
Chiok Li Lian
Yang ni tak payahlah nak perkenalkan.. selalu saja perasan.. heeeee
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KREW MEDIA PRODUKSI ATAS SEGALA SUMBANGAN ANDA SEPANJANG 3 TAHUN KITA BERSAMA.
MEDIA PRODUKSI.. SELAMANYA DI HATI..
Sekian, wassalam.
5 comments:
cantiknya...
teringat kenangan sewaktu penggambaran dulu..
gambar aku pun ada gak dlm ni...hehehe
terima kasihla atas segala-galanya.:-D
-CIK AIEYN'S-
hehehehe..terre x aku buat?hahaha.xtdo smlmn siapkn benda ni..hehehe....sukanya...akhirnya aku dpt buat juga wlupun trpaksa main redah je tnpa kompas disisi.hehehe.kenangan terindah pasti xkan dilupa...walaupun hakikatnya gabungan 'suka duka' itulah yg sbnrnya 'megindahkan' kenangan bersama..kan..kan...
best eak kos yg liza amek neh!!!
best la jugak...hehehe
eh, bila pulak gambar i nie muncul ha? malunya...
Post a Comment