Salam semua. Hari ni nak buat posting baru. Ni tengah buat la ni. Hehe. Tentang memori semester lepas iaitu Semester I SESI 08/09 sewaktu melaksanakan tugasan amali dalaman di Radio MIDAS, Teman Maya Anda. Buat pengetahuan anda semua, kami yang mengendalikan Radio MIDAS sem lepas agak kurang bernasib baik kerana studio sedang di'renovate'. Jadi, terpaksalah kami menapak di Bilik FINAS. Tapi, alhamdulillah, dapat juga kami bersiaran dengan baik walaupun menggunakan ruang bilik yang agak sempit dan terhad. Nak masuk pun, kena perlahan-lahan. Takut bunyi tapak kaki yang melangkah turut didengar oleh pendengar ketika kami bersiaran. Apa sekalipun yang terjadi pada sem lepas, kenangan tetap kenangan. Yang baik jadikan panduan, yang buruk kita jernihkan melalui proses penyulingan. Kalau tak jernih juga, kita botolkan ia menjadi air mineral. Ok...Hmm..Di sini, aku sertakan kenangan yang sempat dijadikan kenangan dan dapat dilihat semula melalui mata kasar bagi sesiapa yang masih dapat melihat segala yang terserlah di dunia yang fana ini. Ok, sama-sama kita saksikan.
Hmm, kalau ditanya tentang perasaan aku sewaktu kali pertama bersiaran dan menjadi DJ ni, memang tak dapat nak digambarkan. Menggigil satu badan. Buat pula, awal-awal bersiaran, aku terpaksa jadi pembaca berita. Kalau tak salah, pukul 10.30 pagi. Huhuhu. Menggelabah aku sebelum masuk konti. Inilah muka dua orang editor yang edit skrip aku. Ain dan Moon.
Ganas wooooo...
Tapi, semasa menjadi DJ untuk rancangan Interaktif di MIDAS, aku bergandingan dengan Kak Salmi. Alhamdulillah, sebab Kak Salmi ni memang DJ terkenal di Brunei. Jadi, Kak Salmi la yang banyak menenangkan aku waktu tu. Kalau aku agak gementar tu, dia la cover-cover apa yang aku cakap. Maklumlah, nak jadi DJ ni kena bercakap sesorang. Hahaha. Aku ni, bab-bab nak kena bercakap sesorang ni, memang payah sikit. Banyak juga teguran yang aku dapat sepanjang aku bersiaran. Intonasi aku agak serius. Tak mesra pendengar. Wuwuwuwuwu. Padahal, aku dah cuba sedaya mungkin.
Pernah suatu ketika, semasa aku mengendalikan segmen Carta Nasyid, aku bercakap sambil tersenyum. Elvy yang berada di depan aku pula mengangguk-angguk kepala, kononnya cuba berinteraksi dengan aku. Tapi, akhirnya, sebelum aku habiskan ayat terakhir, aku dah tergelak dan terus turunkan meter audio. Tak tahan aku berpura-pura sedemikian rupa.
Bukan senang wooo nak jadi DJ.
Apapun, aku tetap gembira kerana dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik sepanjang kami bersiaran iaitu selama 9 minggu.
Kenangan di MIDAS akan kekal terpahat dihatiku.
DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Sekian, wassalam.
Gambar krew MIDAS yang sempat dirakam oleh Tuan Haji Sulimi.
Tapi sayang, tak semua yang ada..
Hmm..
Apo boleh buek.
Janji..kali ni gambar aku ada..Heeeee
TATA
Tapi sayang, tak semua yang ada..
Hmm..
Apo boleh buek.
Janji..kali ni gambar aku ada..Heeeee
TATA
9 comments:
betul22
mmg gigill
hahaha
tp xpo..
studio lama dan baru sama jer
yg pntg ilmu...
yo la tu..ekau ni..betul jo..cubo la salah sikit sekali sekala....heeeee
Cubo jenihkan lagi air tu supaya menjadi lebih jernih sebelum di keluarkan dari kilang...hujung semester ni...
baikkkkkkkkk.......den cubo jernihkan ia sejernih air terjun yg ekau pi sana tu..tp,xmau bawak den ni haaaaa..wuwuwuuwuwuwu
Di UKM, adakah kursus kumunikasi media ini juga meliputi kursus fotografi?
fotografi ada tp bukan bwh kom media.itu perlu amik sebgai pilihan bebas.
thailand mcm mana?ok?
Thailand makin tidak jernih.
Jernih2kanlah pasni..mudah2an...Amin
Post a Comment