CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 1, 2009

Media Produksi... Selamanya di Hati...



Salam sejahtera buat semua..


Hari ini saya ingin memperkenalkan barisan krew Media Produksi yang telah banyak bergabung tenaga dalam menghasilkan apa jua bentuk penggambaran sepanjang 3 tahun kami berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Untuk pengetahuan pembaca,


Media Produksi ditubuhkan tatkala kami ditugaskan untuk melakukan penggambaran pertama bagi subjek Kewartawanan Siaran pada semester kedua sesi 07/08.


Antara hasil penerbitan yang pernah kami lakukan termasuklah,


Single Camera Production:

-Berita Siaran (Pengemis Jalanan)

-Dokumentari (Menjahit Katarsis)

-Pesanan Khidmat Awam (Setitis Harapan dan Anda Tentukan)

Multiple Camera Production:
-Majalah TV (Rempit)


Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil tatkala melakukan penggambaran pertama kami untuk Berita Siaran (Pengemis Jalanan) bertempat di Kuala Lumpur.



Untuk menghasilkan sesebuah penggambaran, komitmen dan kerjasama padu daripada semua tenaga produksi amat diperlukan bagi memudahkan proses penggambaran dan penerbitan akhir dilaksanakan. Masa, tenaga dan wang ringgit terpaksa dikorbankan tanpa rasa was-was!!! Heheh (hampir pokai aku dibuatnya. wuwuwu. )


Keberanian, semangat juang yang tinggi, senyuman serta 'bermuka tembok' amat diperlukan di dalam melaksanakan sesebuah penggambaran kerana pelbagai dugaan pasti hadir sepanjang melaksanakan sesebuah penggambaran.



Antara dugaan yang terpaksa kami tempuhi ketika melakukan penggambaran Berita Siaran (Pengemis Jalanan) ini termasuklah dihalau oleh beberapa orang pengawal ketika penggambaran dilakukan sekitar KLCC. Waktu tu, huhuhu.. malu, takut.. semua ada. Nasib kami agak bertuah kerana pita rakaman kami tidak dirampas dan kami 'dilepaskan' tanpa sebarang denda kerana kami memohon maaf dan menyelesaikannya secara baik. Tapi, sempat juga kami rakam beberapa gambar kat situ. Heheh..



Kami juga telah diganggu oleh seorang samseng jalanan tatkala penggambaran sedang dijalankan. Sengaja samseng tu lalu di hadapan kamera dan wayar kamera telah disepaknya hingga hampir menjatuhkan kamera. Fuh, nasib baik kamera tak jatuh. Kalau tidak, memang kami belasah samseng tu sebab sudah pasti abang Bad pula akan belasah kami di studio jika kamera pecah kan... (maknanya, samseng tu bernasib baik la tu.. cewah)



Hujan panas terpaksa kami redah jua demi melaksanakan misi penggambaran yang penuh bermakna !!!



Inilah punca mengapa kami sentiasa pokai setiap kali penggambaran dilakukan. Huhuhu. Lapar punya pasal... McD saja yang ada kat KL.. Nak buat macammana kan. Hehehe. Tapi sekarang dah insaf dah. Makan biskut kering cicah air teh saja setiap hari.


Berikut adalah barisan krew Media Produksi yang amat disayangi dan sentiasa heppy yippy. Walau sukar walau payah, kami sentiasa bersama dan tidak sesekali berpecah kerana hati kami adalah SATU. Tiada lain selain MEDIA PRODUKSI yang kami sayangi. Tetap setia buat selama-lamanya.


Joe Ai Yung


Loh Mi Vien


Nurul Ain A.Hamid


Goh Yen Ping


Chiok Li Lian

Yang ni tak payahlah nak perkenalkan.. selalu saja perasan.. heeeee

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KREW MEDIA PRODUKSI ATAS SEGALA SUMBANGAN ANDA SEPANJANG 3 TAHUN KITA BERSAMA.

MEDIA PRODUKSI.. SELAMANYA DI HATI..

Sekian, wassalam.

5 comments:

Anonymous said...

cantiknya...
teringat kenangan sewaktu penggambaran dulu..
gambar aku pun ada gak dlm ni...hehehe
terima kasihla atas segala-galanya.:-D

-CIK AIEYN'S-

CikLieYzaOnline said...

hehehehe..terre x aku buat?hahaha.xtdo smlmn siapkn benda ni..hehehe....sukanya...akhirnya aku dpt buat juga wlupun trpaksa main redah je tnpa kompas disisi.hehehe.kenangan terindah pasti xkan dilupa...walaupun hakikatnya gabungan 'suka duka' itulah yg sbnrnya 'megindahkan' kenangan bersama..kan..kan...

adul said...

best eak kos yg liza amek neh!!!

CikLieYzaOnline said...

best la jugak...hehehe

Lilian said...

eh, bila pulak gambar i nie muncul ha? malunya...