CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 5, 2009

Pertempuran Bermula..!!!


Hehehehe.. inilah wajah-wajah Pasukan Editorial Diraja yang menerajui Nadi Bangi semester ini. Macam ahli gusti tak? Hohhohoho...
Inilah antara gambar yang sempat dirakamkan semasa perjumpaan Nadi Bangi ke-9 bertempat di Makmal Multimedia, FSSK, UKM. Tak pandai nak "posing". Skema saja. Huhuhuhuu....
Kak Salmi merangkap jawatan si editor yang brutal, kuat membebel dan gelisah tak tentu masa. Tapi, kalau dah ketawa, mulalah mengarut panjang berjela.
Cik Liza merangkap jawatan si tukang karut diraja. Tugasnya mengarang cerita dan ayat untuk si brutal yang adakalanya memeningkan kepala.
Cik Moon pula merangkap jawatan teknikal diraja. Kehebatannya dalam menggunakan page maker membantu melancarkan segala bentuk kerja.
Semoga Nadi Bangi kali ini diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, jantina, bangsa mahupun agama. Harap-harap begitulah ya...
Sekian, wassalam.

3 comments:

CikLieYzaOnline said...

1st time aku edit gambar sendiri...
cantik gak..
pandai aku edit..
huhuuu
perasan lagi...

ct_saggie said...

hehehhe....
mmg nampak kuat dan gagah korg bertiga..
teruskan usaha ct ucapkan..

CikLieYzaOnline said...

makacih...
heeeee...
gagah perkasa peserta wwf ni kan...
baru kusedar tembam juga aku ni rupanya..hahahaha..malunya...