CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 19, 2009








Media Produksi

Haa.. ni la muka2 team media produksi yg gempak..Gambar ni diambil kat dalam studio midas yg lama. masa tu encik shohaimi (penerbit) ada kat luar cermin. tersenyum wajahnya melihat gelagat kami yg gila-gila. maklumlah, masa tu 1st time pegang alat2 ni semua. tapi, kami ni kira untung la sebab abg azmi yg pinjamkan barang2 ni semua. kalau abg bad..huhuhuu..tak mungkin gambar ini akan wujud di dunia..apapun, jutaan terima kasih buat abg bad..tanpa dirinya, tak mungkin kami berjaya..!!!

Saturday, January 17, 2009

Cahaya Kasih

Alhamdulillah...InsyaAllah, kalau ada rezeki, drama ini akan ditayangkan di kaca tv tidak lama lagi. Inilah hasil usaha gigih tiga orang mahasiswa UKM. Ia pasti mengubah perspektif hidup anda!!!!
-Cik LieYza, Ai Yung, Mimi-

Friday, January 16, 2009

Menanti di Sayup Rindu


Mengisahkan tentang Hanan, seorang anak kampung yang hidup dalam kesusahan. Ayah dan ibunya bekerja sebagai pesawah demi untuk menyara hidup Hanan. Hanan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Seminggu sebelum berangkat ke UKM, ayah Hanan meninggal dunia akibat penyakit lelah ketika bekerja di sawah. Kehidupan Hanan menjadi semakin sukar. Demi ibu, Hanan belajar dengan bersungguh-sungguh. Namun, pelbagai cabaran hadir ketika Hanan ingin menggapai kejayaan. Berkat kesabaran, Hanan berjaya mencapai impian. Penantian seorang ibu untuk melihat kejayaan anaknya akhirnya tercapai apabila Hanan berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.